Kampus KITAB Pulau Pinang Malaysia: Seminar Internasional dan MoU

Melansir berita yang dimuat di Facebook KITABPULAUPINANG
Satu program Diskusi Ilmiah: Sosioekonomi Serantau (Siri 2) anjuran Al-Hady Centre Pulau Pinang dengan kerjasama Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang- Rasmi dan Universitas Islam Negeri Sultan Aji Muhammad Idris Samarinda, Indonesia (UINSI SAMARINDA) telah diadakan pada 18 Mei 2024, bertempat di Dewan Utama KITAB Pulau Pinang.
Program dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh Ustaz Muhammad Umar Syazuli bin Mohd Tahir, Ketua Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran, KITAB Pulau Pinang. Seterusnya Ucapan Aluan oleh YBrs. Tuan Haji Anassuzastri bin Haji Ahmad, Timbalan Rektor KITAB Pulau Pinang mewakili YBhg. Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol, Rektor/Ketua Eksekutif KITAB Pulau Pinang Merangkap Pengerusi Eksekutif Al-Hady Centre Pulau Pinang dan seterusnya ucapan YBrs. Dr. Haji Mohammad Mahrus Ihsan, Dekan Fakultas Ekonomi dan Bisnis Islam, UINSI Samarinda.
Seterusnya, program disambung dengan sesi Diskusi Ilmiah yang dikendalikan oleh YBrs. Tuan Sayed Munawar bin Sayed Mohd Mustar, Pengarah Al-Hady Centre Pulau Pinang dengan melibatkan para panel dari kedua-dua institusi seperti berikut:
1) YBrs. Tuan Haji Anassuzastri bin Haji Ahmad, Timbalan Rektor KITAB Pulau Pinang/Felo Al-Hady Centre Pulau Pinang
2) YBrs. Dr. Haji Mohammad Mahrus Ihsan, Dekan Fakultas Ekonomi dan Bisnis Islam, UINSI Samarinda
3) YBrs. Encik Mohammad bin Abdullah, Pensyarah Pusat Pengajian Muamalat dan Sains Pengurusan KITAB Pulau Pinang/Felo Al-Hady Centre Pulau Pinang
4) YBrs. Prof. Dr. Hajah Darmawati Rusdiansyah Asnawi, Pensyarah Fakultas Ekonomi dan Bisnis Islam, UINSI Samarinda
Menerusi program ini, satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara Al-Hady Centre Pulau Pinang dengan UINSI Samarinda dalam mewujudkan kerjasama akademik serta membuka membuka ruang yang lebih luas untuk meningkatkan usahasama penyelidikan, penerbitan dan persidangan di peringkat antarabangsa.
Program ini diakhiri dengan Ucapan Perasmian Penutup oleh YBrs. Dr. Mohd Ikhmal bin Fadzil, Pegawai Khas yang mewakili YB Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.